Kerana Kau.

Kerana Kau aku disini, Kerana kau aku menangis bercampur gembira, kerana kau aku sanggup berbuat apa sahaja, kerana kau lah Cahaya ku. Kerana kau belum bersedia aku rela menemani mu biar pun aku menjadi longlai, kerana aku tetap menyayangi mu sampai bila2. aku lebih rela menderita dari melihat kau tersiksa, aku lebih rela merana dari melihat kau terkapai2 kesorangan kesejukkan kesedihan. aku tetap kuat kerana kau. Tapi kerana kau juga aku bisa berubah menjadi kejam, menjadi lupa pada harga nilai diri mu, aku hipokrit dengan keadaan, aku jahat aku zalim kerana aku membuat kau hina, kau kurniaan yang tidak bertanda, kau hanya sisa yg berbau busuk, kau terkena badai kerakusan diri ku. tapi kau tetap tidak mahu berganjak dari ku kerana kau adalah aku yg aku lupa. kau lah syurga kau lah neraka kaulah haruman kau bangkai. aku sedih aku zalim kerana kau terpinggir di bawah tadahan sampah, kau tersungkur dalam kehinaan, kerana kau aku akhirnya hilang aku terus gelap biarpun matahari sinaran lampu menerangi, aku tetap akan menjadi gelap segelap yg aku mampu, kerana kau aku menerpa gerbang kehidupan yg hasil dari ku sendiri….kerana kau adalah anugerah yg bererti. Maafkan Aku. sayangilah anak2 kita jangan kita lupa mereka hadir kerana siapa….’KERANA KAU’

Posted in cabaran hidp | Leave a comment

Kerana Kemiskinan kita di Singkirkan

Dari hari kehari, aku semakin hilang tumpuan untuk melihat sekeliling ku, aku tidak dapat menilai keperibadian seseorang, kerana sesaat manusia berubah. Aku tidak memilih kawan atau teman, tapi cerita yang ku dengar semuanya satu cerita yang sama.Harta nilai utama Wang Ringgit jadi Pandangan. Kasihan pada yang tidak berkepunyaan, tetap di singkirkan dari semua aktiviti. Aku sendiri di singkirkan kerana harta, aku dibuang kerana wasiat orang tua ku. Aku tidak gentar kerana aku tetap teguh, untuk menruskan hidup tanpa saudara ku. Hidup mati ku segalanya milik Allah. Sayang aku wanita yang lemah, itu yang membuatkan aku kalah dalam perundangan. Kemiskinan manusia kerana hilang bahasa dan budi. Bukan kehilangan harta. Janganlah kita menjadi Qarun dan Firaun. Sanggup memutuskan Sillaturrahim, kerana kita Miskin, Bertuhankan dan membuat Hakim sendiri. Subhanallah.

Posted in Kehidupan | Tagged , | Leave a comment

Perjalanan yang belum bertemu

Cuaca  hari ini sejuk sekali, nyaman angin pagi yang sepoi2 bahasa, begini lah aku setiap hari, bangun tidur kerja santai 24 jam boleh di kira hanya berapa minit waktu untuk merehatkan seluruh anggota tubuh badan ku ini, namun aku tidak pernah kesah tentang tidur atau rehat, aku ada masa terluang terus cuba mencari sesuatu yang boleh membuatkan aku rasa puas hati. kalau tidak aku keluar mencari makanan, kerana itulah aku yang gemar merasa setiap makanan, hanya makan yang dapat menenangkan fikiran ku dari terus berkecamuk.  aku tidak tahu apa yang aku cari dalam hidup ini, kerana aku seperti orang lain yang juga berbuat sesuatu untuk kebaikkan diri ku di kemudian hari,  kadang aku cuba mencari sedekat mungkin, namun ia tetap jauh untuk aku kesana, hanya aku memohon agar aku bersama2 yang dicintainya. itu lah pinta ku setiap hari. Apakah aku mendapat hak di tempatnya hanya dia yang tahu.  Selama aku hidup aku tidak pernah tidak berfikir, malah otak ku terus  saja berfikir, terlalu banyak yang di fikirkan sehingga aku tidak mampu untuk menjunjugnya. ada kah aku kosong, tidak kerana kekosoangan itu hanya pada orang yang tidak tahu bersyukur, aku bersyukur kerana aku dapat merasai kebesaran kenikmatan yang diberikan. tapi aku hingga saat ini terus mencari-cari apakah yang aku mahu. wahai hidup ku selagi hati ini berfungsi menyalurkan aliran ke seluruh wayar yang ada dalam tubuh ini selagi jatung ini berdetak menerima yang di bekalkan selagi paru-paru ini menerima udara segar,  jadilah aku orang yang benar2 mengetahui isi alam. bagi lah aku hidup yang membuatkan aku lebih mengerti, kerana sudah puas aku mencari hingga sekarang masih belum ku temui, kerana aku berjalan sebentar sahaja, aku berjalan tersangkut2 aku berjalan terhenti-henti kerana itu sampai saat ini aku masih belum bertemu perjalanan yang ku mahu. ??????

Posted in cabaran hidp | Leave a comment

Perjalanan Kehidupan……

Hadir kita semua kerana yang  kuasa, apa yang kita lakukan semua jua kerana atas kehendaknya, kehidupan ini amat payah dan sakit utuk diteruskan, hanya insan yang tawakkal dan redha selalumya tidak pernah mengeluh, kenapa dan mengapa. Tapi dalam menjalani kehidupan ini jugalah kita bertemu berbagai masaalah, terutama pada diri kita sendiri, dalam pertemuan pasti perpisahan, sakit sekali untuk berpisah, lebih-lebih lagi dalam kematian, inilah yang paling sakit, tapi itu lah kehendakknya jua. Untuk memulakannya kedua kali dengan yang baru amat sukar sekali, sampai bila ini harus terjadi. adakah aku terus akan dapat menerimakehidupan ini kembali. i’ m desprate. its only him to done the new for me. keep prentending and be the only me. this is the life. fact and fate are the reality.

Posted in cabaran hidp | 1 Comment

Sorry

Posted in cabaran hidp | Leave a comment

Mengapa kita tidak pernah menghargai.

Dalam setiap kehidupan sejak dari bermula bumi di ciptakan dari langit sudahterjadi perkara tidak menghargai dan menhormati antara sesama, sehingga lah diciptakan makhluk kedua yang bergelar Manusia. Diciptakan Nabi Adam a.s. pun para Malaikat berasa tidak puas hati, hinggakan sanggup di laknat. Ini lah juga yang terjadi kepada diri kita yang bergelar manusia, setiap saat minit ada saja keluhan dari luar atau dalam, dari mulut atau gerak gaya atau pandangan. Mengapa ini terjadi, kita tidak pernah bertanyakan diri kita sendiri, malah kita merasa ahh ini sememangnya lumrah kehidupan, dan ada diantara kita yang merasa bangga kerana punya cara sebegini. Kenapa kita tidak mahu menghargai apa yang di berikan atau apa yang kita lihat. Kejayaan diri kita adala kerana kita berani terima segala cabaran tanpa berkata ‘ tengoklah dulu’  ‘nantilah dulu’. Mengapa begini kerana apa, cari sendiri. Jadilah kita seorang yang punya pengertian, jadilah kita sebagai contoh teladan di langit bukan di bumi, harigai orang lain hargai diri kita sendiri, janganlah kerana nama kita sanggup mengaibkan orang lain untuk mencari keistimewaan kita. Buat lah seperti orang yang benar-benar tidak bertitian dengan sekeping kertas. Hargai peribadi kita sendiri sebelum ianya tercemar oleh tindakan kita sendiri, yang kita ingatkan baik. kelemahan diri kita adalah kerana kita sentiasa ingin mencari buruk orang lain. Apa pun yang kita tahu dan tidak tahu tak perlu di hebohkan sehingga detik kematian kita orang pula akan berkata-kata. Ingatlah apa akan terjadi jika kita tidak mengizinkan apa yang akan terjadi. Cari jawapan dalam kesepian jangan dalam ketawa. Nilai diri sebelum bertindak. ikut hati kepedihan takkan hilang kesakitan penyesalan hingga ke mati. Hargai diri sendiri dan juga sekeliling kita andai kita kenal atau tidak. Fikirkan lah!!.

Posted in cabaran hidp | Leave a comment

Kritikan apa itu Kritikan

Ramai kita yang suka bercerita tentang apa saja dan sambil bercerita kita juga mengkritik. tidak ada satu benda pun yang hidup mau pun yang mati tidak lepas dari kritikan setiap orang ada cara tersendiri bagaimana nak mengkritik orang yang patut di kritik, tapi kalau kawan kita sendiri yang kita nak kritik amat payah untuk kita meluahkan, takut kalau perasaannya terusik. jawapan untuk kawan seperti ini kita perlu minta maaf terlebih dahulu, sebelum berkata apa-apa. Tapi ada juga yang minta di kritik, tetapi bila di kritik melentingnya lebih dan tidak mahu menerima kritikan, malah ia yang meminta untuk di kritik. Mrngkritik dengan Gossip perbezaannya sedikit berbeza, kritik berdepan tapi gossip di belakang tabir. Setiap hari kita akan minta pandangan dari sesiapa sahaja, untuk menilai apa yang baik dan yang tidak baik. Jadi pada kita semua kalau minta sesorang mengkritik apa yang kita ingin jangan terasa hati, kerana selalunya kritikan akan membina dan akan menjadikan kita lebih matang dan mengerti tentang kehidupan, terimalah kritikan walaupun sakit, kerana kritikan adalah teman dalam kehidupan. Jangan takut bila di Kritik.

Posted in cabaran hidp | Leave a comment

just to be frank

all of the story that i wrote is my life. just want to share. if anyone feel anger pleased don’t read it.

Posted in cabaran hidp | Leave a comment

Cinta 1 2 3

Cinta apa itu cinta, semua kita kalau sebut pasal cinta, hilang keimanan hilang tumpuan dan kalau boleh kita ingin cinta itu manis selalu, hari-hari kita bermain dengan cinta. Tapi kita tidak tahu apa itu cinta. Kita biasa sebut Cinta sejati dari Allah dan Rasul, memang tidak dinafikan. Itu cinta kepada yang kita cintai Allah dan Rasul..Amin. Tapi sekarang saya ingi bercerita tentang cinta antara kita sesama manusia itu lah cinta 1 2 dan 3. Cinta satu sampai sangggup tidur di lantai kerana cinta pertama sudah menyerang, dunia kita yang punya, orang cakap apa pun kita ya kan saja, segalanya perfect. itu cinta 1. cinta 2 datang kita tertanya-tanya kenapa aku perasaan aku tiba-tiba begini macam semacam saja, kita tercari-cari kenapa dengan aku, kita cari jawapannya, aku hairan kenapa kita pada cinta 2 kita jadi bodoh dan kita tidak seperti cinta 1. Cinta 3 datang kita tidak ada tindak balas hanya seperti biasa, tapi kita lupa alam memerhatikan kita, apa yang kita buat kita tidak sedari, sekeliling senyum dan kadang tertanya-tanya sama sendiri, gila tu nyanyuk tu, cinta 1 cinta remaja, cinta 2 cinta pertengahan dan akhirnya cinta 3 cinta cinta penentuan. Bagi saya cinta 1 2 3 sepatutnya kita satukan, jangan kita abaikan, tapi cinta 1 selalunya degil, cinta 2 selalunya kecewa dan cinta 3 selalunya kekal. Cinta 1 degil untuk mendapatkannya paling sukar, sanggup jadi gila, segalanya hodoh sekali, cinta 2 seperti buah yang di tunggu tidak gugur, bagi saya inilah cinta yang paling menyedihkan biasanya tidak kesampaian, untuk sampai pun harus melukakan hati orang lain, atau diam hingga tiada titik jawapan, jangan lah jadi cinta 2, kesian kalau pertemuan terjadi kadang seperti bayang-bayang, biasanya kita bermimpi dengan mimpi kita yang membuatkan kita tertanya-tanya, tapi cinta 2 lebih manis dari cinta 1, cinta 2 penuh pengertian dan penuh kasih sayang. Tapi cinta 3 lagi buatkan kita menangis kerana terbiar, cinta 3 kita terbiar segalanya akan tinggal kenangan, cinta 3 kalau tidak di jaga seperti cinta 1 ia juga akan jadi cinta 2, tapi biasanya cinta 3 berkekalan walaupun pahit. Cinta 3 tidak akan berganti lagi kalau pun berganti tidak akan kekal dan akan pergi.Sayangilah cinta 1 2 3. Kalau terlepas cinta 1 cinta 2 datang kalau cinta 2 hilang kekalkan cinta3, cinta 3 adalah cinta 1. cinta 2 hanyalah cinta yang belum pasti. Dari itu carilah cinta 1 untuk jadi cinta 2 dan terus cinta 3. Aku bercerita tentang cinta kerana kita tidak tahu apa itu Cinta, kalau kita benar-benar mau Cinta, Cintalah sepenuhnya zahir dan batin, cintalah seperti kita cinta diri kita sendiri, cintailah dengan penuh keikhlasan agar kita berkekalan hingga kita berpisah dengan Percintaan yang abadi. Kalau cinta yang datang dengan kasih sayang jangan kita biarkan. Jangan kita salahkan cinta orang lain, kalau sebenarnya kita Cinta tidak ada 1 2 3. Cinta manis untuk di ceritakan walaupun cinta tidak datang untuk kita semua. Mengharap hanya cinta yang kekal juga tidak  akan kita dapat, kalau kita tidak kekalkan cinta yang di berikan, kenapa kita bercinta itu Allah yang bagi. Cinta Allah pada kita terus kepada pertemuan kita sesama manusia.  Jangan salahkan sesiapa tapi kenapa kita kahwin kerana Allah kita Kahwin kerana cinta dari Allah. Itu lah Cinta 1 2 3.

Posted in cabaran hidp | Leave a comment

Marah

Marah siapa marah tiada siapa pun yang mau cakap saya marah, jawapan pasti tak lah saya tak marah, tapi di belakang menyumpah seranah, cakap tiada limit. Tidak lah aku tidak marah, tapi muka cantiknya manis macam cuka. Marah adalah sikap yang tidak baik, betul, marah adalah sifat yang tidak boleh di biarkan menjadi darah dalam diri, kerana marah memang api. ia akan membesardan cepat merebak. itu cakap dari orang yang kononnya mau jadi macam ahli sufi, sedang rasullallah pun maksum pandai marah, banyak cerita sejarah yang baginda marah. Tapi kalau orang marah tu orang jahat, perangai buruk banyak terlalu banyak. Marah tidak disayangi Allah dan Rasul, itu cakap, Marah diam lebih baik, tapi dalam jadi besi karat. dendam tiada kesudahan, cuba tanya pada diri sendiri aku ni tak pandai marah ke?, cuba tanya dan nilai keperibadian kita sendiri. Aku cakap apa yang aku nampak dan dengar, Marah ni sebenarnya baik untuk Kesihatan, untuk melancarkan darah dan melapangkan dada, tapi kalau lebih marah lebih jugalah kesan sampingan, tapi orang yang pemarah susah untuk sakit. penyakit pun takut sebab terlampau kuat marahnya hingga tiada ruang untuk simpan penyakit. Cuba tengok yang baik diam relax bila di tanya ada sakit tidak boelh marah nanti makin teruk, untuk sembuh silakan Marah. sebab tu yang mati adalah orang yang tidak pandai marah. Silakan cari satu Dunia siapa yang tiada perasaan Marah. Aku mengakui tidak pernah aku tidak marah, kalau orang salah kita setuju saja, ini sudah cukup baik. Selalu yang membuatkan kita jadi marah dan terus jadi ganas adalah kerana tidak adil, tidak jujur, tidak amanah dan apa-apa lagi yang patut kita marah. Tahniah lah kalau anda seorang yang tidal secuit pun pandai marah. tapi bagi saya marah memang patut ada dalam diri, kerana marah menjadikan kita lebih semangat untuk berusaha asal jangan marah hingga ke tahap jadi gila. Marahlah dan keluarkan Marah anda agar jiwa tidak dihimpit kedukaan, orang yang marah cepat redah akan jauh lebih baik dari yang tidak pandai marah kerana ia mungkin akan jadi gunting dalam lipatan. Silakan Marah.

Posted in cabaran hidp | Leave a comment